Subjectives for Sem 2 (Part 2)

Catatkan 2 cabaran Wawasan 2020 (1991).
  • berjiwa bebas, tenteram dan maju, iaitu yakin pada diri sendiri
  • melahirkan masyarakat bermoral yang berstandard etika tinggi
Catatkan 2 strategi kejayaan Wawasan 2020.
  • membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa dan lokasi
  • menjadikan swasta sebagai engin memajukan ekonomi
Catatkan 2 objektif Dasar Penswastaan.
  • mengurangkan beban kewangan kerajaan
  • meningkatkan produktiviti perkhidmatan mengikut kaedah swasta
Catatkan 2 cara menjalankan projek penswastaan.
  • menjualkan aset yang melibatkan penjualan syarikat kerajaan (seperti MAS)
  • membina, mengendali, memindah iaitu menswastakan projek infrastruktur (Lebuhraya : PLUS)
Catatkan 2 objektif Dasar Pensyarikatan Malaysia (1983).
  • membentuk kerjasama erat antara sektor swasta dan sektor awam untuk pembangunan negara
  • meningkatkan pendapatan negara melalui cukai korporat
Catatkan 2 ciri Dasar Sogoshosha Malaysia (syarikat perdagangan awam).
  • mempunyai rangkaian perdagangan antarabangsa
  • mengutamakan perdagangan luar
Catatkan 2 objektif Dasar Sogoshosha.
  • mendorong eksport barang kepada pengguna tradisional dan baru
  • mendorong pemindahan teknologi dan pengetahuan secara usahama dengan pelaburan asing
Nyatakan 2 cara bagaimana kerajaan memperkasa modal insan berkelas dunia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.
  • mempergiat usaha menarik bakat melalui talent cooperation supaya bakat tempatan disamatarafkan dengan bakat di peringkat antarabangsa
  • memperluas akses pendidikan yang bermutu dengan memperbanyak sekolah di semua peringkat
Nyatakan 2 strategi untuk mentransformasikan negara ke arah berpendapatan tinggi.
  • kerjasama swasta dan kerajaan, iaitu swasta menjadi enjin pertumbuhan ekonomi dan kerajaan pembekal suasana yang kondusif
  • memajukan latihan modal insan yang berkelas dunia, berkemahiran, berkreatif dan bermutu
Nyatakan 2 tumpuan Model Baru Ekonomi yang berdaya saing untuk membolehkan Malaysia terus kompeten di perinkat antarabangsa.
  • melahirkan sistem ekonomi yang inisiatif
  • meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global
Nyatakan 2 sebab yang mampu membuktikan warganegara Malaysia hidup dengan aman dan bahagia.
  • hidup aman dalam keadaan politik yang stabil dan rakyat yang selamat
  • hidup selesa dan wujud banyak peluang pekerjaan
Nyatakan 2 ciri petunjuk Malaysia berjaya mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu menjadi negara yang benar-benar maju.
  • meningkatkan mutu hidup rakyat Malaysia
  • infrastruktur dan prasarana yang moden dan berkesan disediakan
Nyatakn 2 usaha kerajaan dalam proses menjadikan rakyat Malaysia sentiasa hidup selamat dan sejahtera.
  • meningkatkan taraf hidup terduduk di luar bandar supaya memberi bantuan kepada IKS
  • membanteras jenayah supaya rakyat berasa selamat menjalankan tugasan harian
Nyatakan 2 cara bagaimana prinsip Rukun Negara Ke-5 dapat melahirkan suasana harmoni dalam kalangan ahli masyarakat majmuk ini.
  • sikap sopan santun dan bertatasusila tongkak keharmonian
  • ahli masyarakat berkelakuan baik mengikut lunas-lunas nilai murni
Nyatakan 2 cara yang berkesan untuk masyarakat Malaysia menerapkan prinsip Rukun Negara Ke-3 supaya kita hidup aman damai.
  • harus mengutamakan kepentingan negara berbanding dengan kepentingan individu
  • menghormati perlembagaan negara sebagai undang-undang tertinggi negara
Nyatakan 2 hala tuju strategik Dasar Agromakanan untuk meningkatkan kemampuan daya saing pengusaha pertanian.
  • meningkatkan produktiviti dan mutu keluaran hasil pertanian
  • mengukuhkan kajian dan pembangunan serta inovasi dalam sektor pertanian
Nyatakan 2 usaha untuk memaksimumkan sumbangan sektor pertanian terhadap sumber pendapatan negara.
  • meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
  • meningkatkan kecukupan bekalan makanan
Nyatakan 2 objektif Pelan Induk Perindustrian Ke-3.
  • merapatkan jurang kaum dalam tiga teras ekonomi, iaitu pengeluaran, perkhidmatan dan pertanian
  • melahirkan masyarakat saintifik dan teknologi bumiputera
Nyatakan 2 objektif Dasar Perindustrian Berat.
  • mengelakkan kebergantungan kepada barangan import dan teknologi asing secara berterusan
  • menyediakan peluang kepada pekerja untuk dilantik dalam bidang kejuruteraan
Nyatakan 2 objektif Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam.
  • mengukuhkan asas ekonomi
  • mengawal kadar inflasi dan membaiki keadaan imbangan bayaran
Nyatakan 2 objektif Dasar Penswastaan.
  • meningkatkan mutu produktiviti dan kecekapan pentadbiran
  • mengurangkan beban kewangan kerajaan
Nyatakan 2 objektif Dasar Persyarikatan Malaysia.
  • mewujudkan kerjasama antara sektor swasta dan awam untuk membangunkan negara
  • berkongsi maklumat, dan berusaha bersama untuk mempertingkatkan kemajuan ekonomi
Nyatakn 2 objektif Dasar Sogoshosha.
  • menggalakkan eksport sumber asli
  • menggalakkan eksport barangan tempatan kraf tangan dan tradisional
Nyatakan 2 objektif Dasar Pandang Ke Timur.
  • meningkatkan semangat bekerja dan kerajinan
  • mengutamakan kerja kumpulan dan kerjasama
(Contents written with references)

No comments:

Post a Comment

Recent Post

Warga Tua Patut Dihormati dan Dihargai

Popular Posts