Showing posts with label Pengajian Am STPM Sem 2. Show all posts
Showing posts with label Pengajian Am STPM Sem 2. Show all posts

Graph Practice Exercises (Part 2)

Question 1

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk membandingkan peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2005.

      Pada tahun 2001, peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan ialah berjumlah RM 13 360 juta iaitu 41.6% daripada jumlah keseluruhan peruntukan belanjawan negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 3 341 juta diperuntukkan untuk tujuan keselamatan yang digunakan untuk pertahanan dan keselamatan dalam negeri. Peruntukan belanjawan untuk perkhidmatan sosial bagi membiayai pengurusan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan perumahan adalah sebanyak RM 1 904 juta, manakala peruntukan perbelanjaan yang tertinggi adalah untuk perkhidmatan ekonomi, iaitu sebanyak RM 5 871 juta. Peruntukan tersebut digunakan untuk membiayai projek-projek kemudahan awam, perniagaan dan perindustrian, pengangkutan dan komunikasi. Peruntukan perbelanjaan bagi pentadbiran am pula adalah sebanyak RM 2 244 juta.

      Pada tahun 2002, peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak RM 15 704 juta, iaitu 32.4% daripada keseluruhan peruntukan belanjawan negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 3807 juta untuk tujuan keselamatan. Peruntukan perbelanjaan dalam bidang perkhidmatan ekonomi pula meningkat sebanyak RM 1 425 juta berbanding dengan peruntukan pada tahun 2001. Peruntukan perbelanjaan bagi perkhidmatan sosial adalah sebanyak RM 2 293 juta, manakala peruntukan perbelanjaan untuk pentadbiran am adalah sebanyak RM 2 308 juta daripada keseluruhan belanjawan pembangunan negara.

      Pada tahun 2003, sebanyak RM 16 939 juta atau 29.6% telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk perbelanjaan pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 3 624 juta digunakan bagi tujuan keselamatan dan RM 3 261 juta diperuntukkan bagi perkhidmatan sosial. Peruntukan untuk perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am pula masing-masing berjumlah RM 7 148 juta dan RM 2 906 juta.

      Jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan pada tahun 2004 telah berkurangan kepada RM 22 027 juta, iaitu 26.5% daripada keseluruhan peruntukan belanjawan negara. Oleh itu, perbelanjaan yang diperuntukkan untuk tujuan keselamatan hanya RM 3 301 juta dan perkhidmatan sosial berjumlah RM 5 964 juta, manakala peruntukan perbelanjaan untuk perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am masing-masing ialah RM 9 216 juta dan RM 3 546 juta.

      Pada tahun 2005, peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan semakin meningkat kepada RM 28 303 juta atau 24.1% daripada keseluruhan peruntukan belanjawan negara. Daripada jumlah tersebut, peruntukan untuk tujuan keselamatan berjumlah RM 3 171 juta dan RM 7 516 juta adalah untuk perkhidmatan sosial, manakala sejumlah RM 13 858 juta dan RM 3 758 juta adalah masing-masing untuk peruntukan perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada 
Laporan Belanjawan Negara Malaysia, 2001-2005)
Question 2 - STPM 2003

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan bilangan kes kebakaran mengikut punca dari tahun 1996 hingga tahun 2000.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengenal pasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran di negara ini. Menurut statistik pihak berkenaan, jumlah kes kebakaran yang berlaku pada tahun 1996 ialah sebanyak 14 185 kes dan telah meningkat kepada 22 702 kes pada tahun 1998 berbanding dengan tahun 1997, iaitu sebanyak 13 968 kes. Pada tahun 1999 jumlah kes kebakaran ialah 13 507 kes dan telah meningkat sebanyak 294 kes pada tahun 2000.

      Kebakaran yang disebabkan oleh kuasa elektrik telah menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Pada tahun 1996 terdapat 911 kes dan telah meningkat kepada 1 084 kes pada tahun 1997. Kebakaran ini berlaku mungkin disebabkan oleh litar pintas dan masalah pedawaian. Pada tahun 1998 terdapat 1 885 kes yang berpunca daripada kuasa elektrik sebelum menurun kepada 1 763 kes pada tahun 1999 dan meningkat semula sebanyak 163 kes pada tahun 2000.

      Perbuatan membuang puntung rokok di merata tempat juga boleh menyebabkan kebakaran. Pada tahun 1996 terdapat 1 920 kes kebakaran yang berpunca daripada perbuatan ini. Jumlah ini telah meningkat kepada 3 259 kes pada tahun 1998 berbanding dengan tahun 1997, iaitu sebanyak 1 664 kes. Pada tahun 2000 cuma terdapat 1 292 kes berbanding dengan tahun 1999, iaitu sebanyak 1 994 kes.

      Kebakaran yang berpunca daripada mercun dan bunga api agak kecil jumlahnya. Bilangannya semakin menurun dari setahun ke setahun. Pada tahun 1996 terdapat 345 kes, menurun kepada 327 kes pada tahun 1997 dan menurun lagi sehingga kepada 151 kes pada tahun 2000. Pada tahun 1998 cuma terdapat 286 kes dan pada tahun 1999 pula, jumlahnya telah menurun sebanyak 32 kes.

      Penggunaan ubat nyamuk dan lilin juga dianggap sebagai salah satu punca yang boleh menyebabkan kebakaran. Pada tahun 1996, hanya terdapat 196 kes dan telah meningkat kepada 334 kes pada tahun 1998. Pada tahun 1997 pula terdapat 169 kes kebakaran yang berpunca daripada perbuatan ini berbanding dengan 325 kes pada tahun 1999 dan menurun kepada 250 kes pada tahun 2000.

      Kebakaran yang berpunca daripada dapur gas dan dapur minyak juga telah menunjukkan peningkatan sepanjang tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 1996 hingga tahun 2000. Pada tahun 1996 terdapat 426 kes dan telah meningkat kepada 731 kes pada tahun 2000. Pada tahun 1997 jumlah kes yang berpunca daripada dapur gas dan dapur minyak ialah sebanyak 438 kes, meningkat kepada 669 kes pada tahun 1998 sebelum menurun kepada 631 kes pada tahun 1999.

      Kes kebakaran yang berpunca daripada perbuatan yang disengajakan telah menunjukkan jumlah yang agak tinggi berbanding dengan punca-punca yang dinyatakan sebelum ini. Pada tahun 1996 sahaja terdapat 3 853 kes dan jumlah ini telah meningkat kepada 5 932 kes pada tahun 1998 berbanding dengan tahun 1997, iaitu sebanyak 3 397 kes. Walau bagaimanapun, jumlah ini telah menurun kepada 2 138 kes pada tahun 1999 dan meningkat semula pada tahun 2000, iaitu sebanyak 2 753 kes.

      Kes kebakaran yang puncanya tidak diketahui juga agak tinggi bilangannya. Jumlah kes tertinggi ialah pada tahun 1998, iaitu 6 990 kes berbanding dengan tahun 1996 yang hanya terdapat 4 381 kes sebelum meningkat kepada 4 521 kes pada tahun 1997. Kes ini telah menurun kepada 4 536 kes pada tahun 1999 sebelum meningkat sebanyak 606 kes pada tahun 2000. Jumlah selebihnya adalah disebabkan punca-punca lain.

(dipetik dan diubahsuaikan daripada "Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia"
dalam Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2001)

Graf Garis Kompaun (Part 2)

STPM 2000

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yang dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur.

      "... Salah satu faedah yang diperoleh oleh sesebuah syarikat yang telah menjalani proses penswastaan ialah pertumbuhan dan pembesaran nilai modal pasarannya. Sungguhpun demikian, masih ada pasang-surutnya. Misalnya, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berkembang daripada modal saham bernilai RM 2 450 juta pada tahun 1991 telah meningkat sebanyak RM 1 260 juta untuk tahun berikutnya, dan mencapai paras RM 5 460 juta setahun kemudiannya tetapi merosot sebanyak RM 105 juta pada tahun berikutnya sebelum meningkat semula sebanyak RM 420 juta pada tahun laporan terakhir, iaitu tahun 1995.

      Dalam tempoh 1991-95 itu, badan korporat yang mengalami penurunan yang ketara modal pasarannya ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Nilai modal saham asal TNB yang mula dicatatkan pada tahun 1992 ialah sebanyak RM 29 850 juta. Nilai tersebut meningkat ke paras RM 58 195 juta pada tahun berikutnya tetapi dalam tahun ketiga telah merosot sebanyak RM 27 494 juta dan hanya kembali bertambah sekadar RM 49 juta pada tahun berikutnya.

      Syarikat Telekom Malaysia Berhad juga mengalami nasib yang serupa. Nilai modal saham pada tahun 1991 ialah sebanyak RM 19 212 juta dan meningkat dalam dua tahun berturut-turut sebanyak RM 9 489 juta dan RM 15 184 juta. Tetapi modalnya merosot pada tahun keempat sebanyak RM 9 469 juta dan kembali naik ke paras RM 39 440 juta pada tahun kelima perkiraan akaunnya.

      Kedudukan kewangan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) juga mengalami kemerosotan nilai saham modalnya sebanyak RM 322 juta pada tahun 1992 daripada sejumlah RM 5 366 juta pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, nilai berkenaan meningkat sebanyak RM 551 juta pada tahun ketiga dan seterusnya mencapai paras RM 6 705 juta pada tahun 1994 tetapi merosot sebanyak RM 125 juta pada tahun berikutnya.

      Edaran Otomobil Nasional (EON) mencapai nilai pasaran tertingginya pada tahun 1994, iaitu RM 4 302 juta berbanding dengan nilai asalnya sebanyak RM 1 223 juta pada tahun 1991. Nilai berkenaan hanya bertambah sebanyak RM 617 juta pada tahun berikutnya, sementara pada tahun ketiga operasinya telah meningkat sebanyak RM 1 893 juta tetapi merosot semula sebanyak RM 3 juta untuk tahun perkiraan yang terakhir.

      Selain itu, dua buah syarikat lain, iaitu Syarikat PERNAS Hotel dan Hartanah dan Syarikat Simen Malaysia mencapai nilai modal tertinggi pada tahun 1993, iaitu masing-masing di paras RM 1 019 juta dan RM 1 319 juta. Nilai asal modal Syarikay PERNAS Hotel dan Hartanah pada tahun 1991 ialah sebanyak RM 491 juta dan meningkat setahun kemudian sebanyak RM 103 juta. Nilai tersebut merosot dalam dua tahun berikutnya, iaitu masing-masing sebanyak RM 55 juta dan RM 229 juta.

      Nilai modal pasaran Syarikat Simen Malaysia pula ialah sebanyak RM 583 juta pada tahun 1991 tetapi merosot pada tahun berikutnya sebanyak RM 31 juta. Pada tahun 1994, nilainya merosot sebanyak RM 270 juta daripada paras nilai tertingginya dan hanya meningkat sebanyak RM 53 juta untuk tahun terakhir perkiraan nilai syarikat berkenaan ..."

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)


Syarikat-syarikat
1991
(RM juta)
1992
(RM juta)
1993
(RM juta)
1994
(RM juta)
1995
(RM juta)
MAS
2 450
3 710
5 460
5 355
5 775
TNB
-
29 850
58 195
30 701
30 750
Telekom
19 212
28 701
43 885
34 416
39 440
MISC
5 366
5 044
5 595
6 705
6 580
EON
1 223
1 840
3 733
4 302
4 299
PERNAS
491
594
1 019
964
790
Simen
583
552
1 319
1 049
1 102

Graf Garis Kompaun (Part 1)

Contoh Soalan
Berdasarkan petikan yang diberi, lukiskan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan pengeluaran komoditi-komoditi utama dari tahun 1995 hingga 2010.

Komoditi
1995
(RM juta)
2000
(RM juta)
2005
(RM juta)
2010
(RM juta)
Getah
14 726
16 938
21 354
23 682
Kelapa sawit
12 155
15 761
22 561
29 312
Bijih timah
10 476
8 931
6 218
4 357
Koko
11 721
10 643
13 792
15 161
Lada hitam
10 311
13 782
11 061
14 157
Lain-lain
13 961
19 871
14 218
18 211


Recent Post

Warga Tua Patut Dihormati dan Dihargai

Popular Posts