Key Points for Sem 2 Subjective (Part 2)

Wawasan 2020 
Isu utama :
  • Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia
  • Mewujudkan sebuah negara perindustrian
  • Keadilan ekonomi dan sosial
  • Moral dan etika
  • Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan
Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pantas dan meningkatkan daya saing untuk mencapai Wawasan

Teras :
  • memperbanyakkan inisiatif Sains dan Teknologi dan R&D ke arah memperkukuhkan sistem inovasi
  • mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan pembangunan ekonomi
  • meningkatkan kandungan pengetahuan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan
Dasar Sosial Negara
menangani gejala sosial
  • memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
  • membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
  • memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
  • menjana sinergi multisektor
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Teras :
  • membina negara bangsa
  • membangunkan modal insan
  • memperkasakan sekolah kebangsaan
  • merapatkan jurang pendidikan
  • memartabatkan profesion keguruan
  • melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Rancangan Malaysia Ke-10
Teras :
  • mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup
  • membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia
  • menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif
  • mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi
  • menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah menstransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA
Cabaran :
  • mengurus hutang
  • mengurangkan defisit negara
  • memantapkan tadbir urus
  • meningkatkan kreatif dan inovasi
  • memperkasakan modal insan
Dasar Persyarikatan Malaysia
  • menghapuskan salah faham antara sektor awam dan sektor swasta
  • menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat antara sektor awam dan swasta
  • mewujudkan kerjasama yang erat dan berkesan antara sektor awam dan sektor swasta dalam usaha membangunkan negara untuk faedah bersama
Dasar Pertanian Negara Ke-3 (1998-2000)
Usaha :
  • meningkatkan daya saing pengeluaran makanan 
  • sumber manusia mahir
  • meningkatkan pelaburan swasta
  • mengurangkan defisit imbangan dagangan untuk makanan
Cabaran :
  • menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta berkualiti pada harga yang berpatutan
  • keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil
  • keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan
Objektif :
  • memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima
  • meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK
Strategi :
  • peningkatan sekuriti makanan
  • peningkatan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
  • pengukuhan pertalian dengan sektor-sektor lain
Kepentingan Membina Negara Maju
  • memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada rakyat
  • melanjutkan jangka hayat warga Malaysia
  • mencapai status negara bahagia
Cara Membentuk Negara Maju
  • mentransformasikan pendidikan
  • menyatukan rakyat
  • menyediakan prasarana yang bertaraf antarabangsa
  • menaik taraf sistem penyampaian kerajaan
Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera
  • sumber alam digunakan sepenuhnya
  • taraf pendidikan tinggi
  • taraf kesihatan tinggi
  • prasarana yang moden dan canggih
Cabaran Ekonomi Malaysia
  • kejatuhan nilai mata wang Malaysia - disebabkan barangan tempatan tidak dapat dieksport / kekurangan pelaburan asing
  • rasuah - timbulkan kos tidak langsung
  • penguasaan ekonomi yang berbeza - wujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang
  • pertumbuhan ekonomi tidak menentu - disebabkan eksport dan import negara bergantung kepada perubahan mata wang dan kadar cukai
Cabaran Pengangkutan / Kemudahan
  • kekurangan bekalan air bersih yang mencukupi
  • bekalan elektrik
  • tandas awam
Cabaran Sosial dan Budaya
  • budaya barat
  • masalah sosial
  • perselisihan faham kaum
Cabaran ekologi
  • pembajaan dan penyemburan racun serangga (pertanian)
  • pencemaran udara, air dan tanah (perindustrian)
  • hidupan akuatik mati (ekosistem marin)
Cabaran integrasi dan perpaduan negara
  • kekurangan sikap kerjasama dan sikap perkauman
  • ekonomi golongan tertentu lebih maju - sektor swasta dan kerajaan dikuasai oleh kaum tertentu
  • syak wasangka wujud
(Notes written with references)

No comments:

Post a Comment

Recent Post

Warga Tua Patut Dihormati dan Dihargai

Popular Posts