Subjectives for Sem 2 (Part 1)

Catatkan 2 objektif Dasar Perindustrian Berat.
  • mengurangkan pergantungan Malaysia terhadap negara asing untuk membekalkan alat jentera
  • membentuk ekonomi yang kukuh
Catatkan 2 strategi mencapai Dasar Peindustrian Berat.
  • menubuhkan HICOM untuk mengenalpasti, melaksana dan menguruskan projek industri berat
  • mengimport teknologi asing yang lebih canggih
Catatkan 2 objektif Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia (1979).
  • mengeratkan hubungan Malaysia dengan negara sedang membangun
  • memberi peluang kepada swasta Malaysia untuk melabur di negara sedang membangun
Catatkan 2 tujuan Dasar Telekomunikasi (1994).
  • melahirkan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan dan bermaklumat
  • menjadiakan Malaysia sebagai pusat telekomunikasi serantau dan antarabangsa
Catatkan 2 strategi Dasar Telekomunikasi.
  • telekomunikasi diperluas ke luar bandar
  • mendorongkan R&D dalam telekomunikasi
Catatkan 2 dimensi baru Dasar Pembangunan Nasional.
  • memberi penekanan lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan golongan termiskin
  • memberi penekanan terhadap swasta dalam proses menyusun semula masyarakat
Catatkan 2 kebaikan pelaksanaan Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia.
  • mengurangkan pengaliran wang ringgit Malaysia ke negara
  • beri sokongan kepada peniaga tempatan untuk mengeluarkan barangan yang lebih berkualiti untuk dieksport
Catatkan 2 tujuan Dasar Penswastaan.
  • mengurangkan beban kewangan kerajaan
  • meningkatkan kecekapan daya dan kualiti pengeluaran
Catatkan 2 Premis Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015).
  • memajukan ekonomi domestik dengan kepekaan terhadap persekitaran luar bandar
  • mentransformasi negara ke arah berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan
Catatkan 2 teras strategik Rancangan Malaysia Ke-10.
  • menggubal falsafah dan pendekatan kerajaan dengan mentransformasikan Malaysia dengan kaedah NKRA
  • mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi
Catatkan 2 aspek penting Dasar Pembangunan Nasional.
  • mewujudkan keseimbangan dari segi pertumbuhan ekonomi dan pengagihan saksama
  • memperkuatkan perpaduan nasional
Nyatakan 2 strategi Dasar Wawasan Negara (2001-2010).
  • membasmi kemiskinan tanpa mengira kumpulan etnik dan wilayah
  • menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum menurut fungsi ekonomi
Catatkan 2 teras utama Dasar Wawasan negara.
  • melahirkan bangsa berdaya saing dengan memupuk integrasi nasional
  • memajukan sumber manusia dengan melahirkan tenaga kerja yang mahir, produktif dan berilmu
Nyatakan 2 matlamat Rukun Negara.
  • mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat
  • memelihara cara hidup yang demokratik
Nyatakan 5 prinsip Rukun Negara.
  • kepercayaan kepada Tuhan
  • kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • keluhuran perlembagaan
  • kedaulatan undang-undang
  • kesopanan dan kesusilaan
Nyatakan 2 objektif Wawasan 2020.
  • mencapai kesamarataan pendapatan individu
  • membasmi kemiskinan melalui kerjasama tanpa menentukan identiti bangsa
Nyatakan 2 cabaran Wawasan 2020.
  • mewujudkan masyarakat yang menyayangi
  • berjiwa bebas, tenteram dan maju
Nyatakan 2 objektif Dasar Wawasan Negara.
  • membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin
  • membangunkan Malaysia sebagai masyarakat berasaskan pengetahuan
Nyatakan 2 teras kritikal Dasar Wawasan Negara.
  • memupuk perpaduan dan mewujudkan bangsa yang sanggup menghadapi cabaran
  • melahirkan masyarakat yang bersemangat patriotik
Nyatakan 2 teras strategik dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
  • menggubah pendekatan kerajaan ke arah menstransformasikan Malaysia
  • memajukan modal insan yang bertaraf dunia
(Contents written with references)

No comments:

Post a Comment

Recent Post

Warga Tua Patut Dihormati dan Dihargai

Popular Posts