Karangan for Sem 2 (Part 2)

Kemiskinan bandar dikatakan berpunca daripada keengganan individu tersebut merebut peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan. Bincangkan faktor berlakunya masalah kemiskinan bandar dan usaha untuk menangani masalah tersebut.

Pendahuluan :
Masalah kemiskinan bukan sahaja dihadapi oleh rakyat yang tinggal jauh di pedalaman tetapi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar kerana tidak berkemampuan untuk menyara diri dan keluarga.

Isi-isi (Punca) :
Peningkatan kos hidup
  • kos hidup di bandar semakin meningkat
  • keperluan asas memerlukan perbelanjaan yang tinggi
  • sekar mendapatkan rumah / tempat tinggal
  • terpaksa bersesak di kawasan setinggan
Taraf pendidikan yang rendah
  • golongan penghijrah dari luar bandar berbekalkan kelulusan dan kemahiran minimum
  • gagal memperoleh pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan
  • gaji yang rendah mendorong mereka mencari pekerjaan sampingan lain termasuk melakukan kerja-kerja haram / meminta sedekah
  • terdedah dengan masalah sosial yang lain
Persaingan memperoleh pekerjaan
  • gagal bersaing mendapatkan pekerjaan / peluang perniagaan
  • terpinggir tanpa menerima sebarang maklumat dan bentuk bantuan
  • keadaan terpinggir dari segi ekonomi dan sosial memburukkan keadaan dan sukar meningkatkan taraf hidup mereka
  • mereka tidak mampu menikmati aspek kehidupan moden
Isi-isi (Langkah) :
Program pembangunan ekonomi
  • melibatkan penyertaan penduduk miskin di bandar dalam pelbagai program pembangunan ekonomi kerajaan seperti Program Pembasmian Kemiskinan Bandar
  • golongan miskin tegar bandar akan dibantu dari pemilikan rumah, latihan kemahiran, keusahawanan dan bantuan sara diri
Meningkatkan latihan dan kemahiran
  • meningkatkan latihan kemahiran dalam bidang yang bersesuaian
  • golongan miskin diberikan latihan kemahiran dan kerjaya, program kecemerlangan pendidikan
  • pihak kerajaan menawarkan program latihan kemahiran serta keusahawanan kepada wanita menerusi Jabatan Pembangunan Wanita dan Amanah Ikhtiar Malaysia
Kesimpulan :
Usaha-usaha seumpama ini mampu mengurangkan kadar golongan miskin tegar di bandar-bandar sekiranya setiap program disambut baik oleh golongan yang terlibat.

(P.S : If there is any difference of opinions about the points above, please comment below and give suggestions. OR refer to your school teacher.)

(Source : Penerbitan Pelangi 2015 Skor A Pengajian Am STPM Penggal 2)

No comments:

Post a Comment

Recent Post

Warga Tua Patut Dihormati dan Dihargai

Popular Posts