Graf Bar Komponen (Part 2)

STPM '06
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi tahun 1998 hingga tahun 2001.

     Kutipan hasil cukai tidak langsung mengalami peningkatan bagi tempoh antara tahun 1998 hingga tahun 1999, tetapi merosot sedikit pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, jumlah ini dijangka meningkat kepada RM 18 300 juta pada tahun 2001.

     Pungutan duti eksport pada tahun 1998 ialah sebanyak RM 623 juta dan meningkat secara konsisten pada tahun 1999, 2000 dan 2001, iaitu masing-masing kepada RM 670 juta, RM 1032 juta, dan RM 1052 juta. Duti import turut menyumbang kepada hasil pendapatan negara. Jumlah pungutannya untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola yang tidak konsisten. Pada tahun 1998, sumbangan duti import ialah sebanyak RM 3868 juta dan jumlah ini meningkat kepada RM 4720 juta pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, pungutan hasil daripada duti import ini telah menurun dua tahun berturut-turut kepada RM 3599 juta pada tahun 2000 dan dijangka sebanyak RM 3318 juta pada tahun 2001.

     Pada tahun 1999, jumlah pungutan duti eksais ialah sebanyak RM 4723 juta berbanding dengan RM 3586 juta sahaja pada tahun 1998. Pada tahun 2001, jumlah pungutan duti eksais dijangka sebanyak RM 3916 juta berbanding dengan RM 3803 juta pada tahun 2000.

     Sumbangan cukai jualan juga tidak kurang besarnya terhadap hasil pendapatan negara. Pada tahun 2001, jumlah pungutan dijangka mencecah RM 6269 juta berbanding dengan RM 5968 juta pada tahun 2000. Jumlah kutipan menunjukkan peningkatan berterusan sepanjang empat tahun berturut-turut. Pada tahun 1999, sumbangan cukai jualan ialah RM 4488 juta manakala pada tahun 1998 sumbangan cukai ini cuma RM 3845 juta.

     Sementara itu, pungutan cukai perkhidmatan adalah sebanyak RM 1447 juta pada tahun 1998 dan terus meningkat secara berterusan sepanjang tiga tahun berikutnya. Pada tahun 1999, sumbangan cukai perkhidmatan ialah RM 1459 juta, dan meningkat kepada RM 1701 juta pada tahun 2000 dan dijangka meningkat lagi kepada RM 1734 juta pada tahun 2001. Sumbangan cukai tidak langsung lain pada tahun 1998 ialah sebanyak RM 1951 juta dan meningkat kepada RM 2040 juta pada tahun 1999. Pada tahun 2000, sumbangannya sebanyak RM 1914 juta dan dijangka meningkat pada tahun 2001 kepada RM 2011 juta.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2001,
Jabatan Perangkaan Malaysia)

Jenis Pungutan
1998
(RM juta)
1999
(RM juta)
2000
(RM juta)
2001
(RM juta)
Duti eksport
623

670

1 032

1 052

Duti import
3 868
4 491
4 720
5 390
3 599
4 631
3 318
4 370
Duti eksais
3 586
8 077
4 723
10 113
3 803
8 434
3 916
8 286
Cukai jualan
3 845
11 922
4 488
14 601
5 968
14 402
6 269
14 555
Cukai perkhidmatan
1 447
13 369
1 459
16 060
1 701
16 103
1 734
16 289
Cukai lain-lain
1 951
15 320
2 040
18 100
1 914
18 017
2 011
18 300
Jumlah
15 320
18 100
18 017
18 300



No comments:

Post a Comment

Recent Post

Warga Tua Patut Dihormati dan Dihargai

Popular Posts