Karangan for Sem 2 (Part 1)

Salah satu usaha kerajaan dalam menjamin kelangsungan sistem pendidikan ini adalah dengan transformasi Dasar Pendidikan Kebangsaan. Namun begitu, terdapat usaha lain dan cabaran yang perlu dihadapi pihak kerajaan. Bincangkan.

Pendahuluan :
Sektor pendidikan di Negara sedang mengalami banyak perubahan dan pembaharuan. Selaras dengan perubahan ke arah "Pendidikan Bertaraf Dunia", Malaysia berusaha membangunkan sektor pendidikan melalui pelbagai transformasi.

Isi-isi (Usaha) :
Transformasi Sistem Pendidikan / Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
  • memastikan setiap murid cekap atau mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
  • mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
  • mengupayakan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
  • memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan kualiti pembelajaran
Pengkorporatan Universiti
  • langkah pengkorporatan menjadikan sektor pendidikan lebih dihormati
  • pihak pentadbiran universiti diharap dapat mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan persyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti
  • kerenah birokrasi dapat diatasi dan dapat meningkatkan kewibawaan universiti dan dapat memulakan anjakan paradigma barunya membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa
  • menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran
Penggredan Universiti
  • penuntut univerisiti dapat mengetahui status universiti yang ditawarkan kepada mereka tanpa berselindung
  • meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia
  • memotivasikan penuntut universiti mendedahkan potensi mereka (membuat ciptaan baharu) apabila melanjutkan pelajaran mereka di univerisiti tersebut
Isi-isi (Cabaran) :
Penghijrahan tenaga pengajar / pensyarah
  • sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa-apa yang disediakan oleh sektor awam
  • keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara
  • para pensyarah lebih gemar memilih untuk berkhidmat dengan swasta kerana lebih bebas
Dominasi jantina dalam profesion keguruan
  • trend masa kini menunjukkan profesion keguruan dimonopoli oleh kaum wanita
  • banyak lelaki gagal melanjutkan pelajaran kerana sikap malas yang tidak dapat dibendung
  • memberi kesan seperti masalah disiplin, keruntuhan moral dan jenayah berat semakin meningkat disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.
Kesimpulan ;
Semua pihak perlu bersatu untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovasi, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

(P.S : If there is any difference of opinions about the points above, please comment below and give suggestions. OR refer to your school teacher.)

(Source : Penerbitan Pelangi 2015 Skor A Pengajian Am STPM Penggal 2)

No comments:

Post a Comment

Recent Post

Warga Tua Patut Dihormati dan Dihargai

Popular Posts