Graf Garis Komponen

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan komponen eksport mengikut negara pada tahun 1998 hingga 2002.

      Malaysia telah berdagang dengan pelbagai negara meliputi negara-negara ASEAN, Asia Barat, Amerika Utara, Amerika Tengah dan lain-lain. Pada tahun 1998, eksport Malaysia berjumlah RM 186 290.7 juta, tahun 1999 sebanyak RM 212 587.8 juta dan meningkat sebanyak RM 41 748.0 juta pada tahun 2000 berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2001 dan 2002, masing-masing berjumlah RM 222 909.8 juta dan RM 232 037.2 juta.

      Eksport negara ke negara-negara ASEAN pada tahun 1998 sebanyak RM 69 851.8 juta meningkat kepada RM 76 473.3 juta pada tahun 1999 dan RM 99 027.8 juta pada tahun 2000. Pada tahun 2001 berkurangan sebanyak RM 14 979.3 juta dan kembali meningkat ke paras RM 92 114.7 juta pada tahun 2002.

      Asia Barat dan Jepun pada tahun 1998 sebanyak RM 5 805.9 juta dan RM 30 144.8 juta. Pada tahun 1999, Asia Barat menunjukkan penurunan sebanyak RM 68.9 juta dan mencatat RM 6 559.8 juta pada tahun 2000. Pada tahun 2001 dan 2002, masing-masing berjumlah RM 6 888.3 juta dan RM 7 514.4 juta. Negara Jepun pada tahun 1999 sebanyak RM 37 766.8 juta bertambah kepada RM 48 770.0 juta pada tahun 2000. Pada tahun 2001 sebanyak RM 44 393.4 juta merosot sebanyak RM 4 703.5 juta pada tahun 2002.

      Negara Taiwan, Amerika Syarikat dan Australia pada tahun 1998 masing-masing sebanyak RM 11 776.7 juta, RM 62 098.1 juta dan RM 6 613.4 juta. Pada tahun 1999, eksport ke Taiwan bernilai RM 14 529.5 juta kurang sebanyak RM 55 845.7 berbanding dengan Amerika Syarikat. Pada tahun 2000, eksport ke Taiwan sebanyak RM 14 188.8 juta merosot kepada RM 12 166.9 juta pada tahun 2001 dan meningkat sebanyak RM 1 035.4 juta pada tahun 2002.

       Eksport ke Amerika Syarikat pada tahun 2000 lebih tinggi berbanding dengan tahun 2001 iaitu RM 76 579.1 juta dan RM 67 617.8 juta. Pada tahun 2002 pula sebanyak RM 71 478.4 juta. Eksport Malaysia ke Australia mencatatkan peningkatan pada tahun 1998 hingga 2000 iaitu RM 6 613.4 juta tahun 1998, RM 7 706 juta tahun 1999 dan RM 9 210.3 juta pada tahun 2001. Eksport ke negara tersebut pada tahun 2001 merosot ke paras RM 7 794.9 juta dan bertambah kepada RM 8 010.5 juta pada tahun 2002. 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Tahunan 2003)


Negara
1998
(RM juta)
1999
(RM juta)
2000
(RM juta)
2001
(RM juta)
2002
(RM juta)
ASEAN
69 851.8
76 473.3
99 027.8
84 048.5
92 114.7
Asia Barat
5 805.9
5 737
6 559.8
6 888.3
7 541.4
Jepun
30 144.8
37 766.8
48 770.0
44 393.4
39 689.9
Taiwan
11 776.7
14 529.5
14 188.8
12 166.9
13 202.3
Amerika Syarikat
62 098.1
70 375.2
76 579.1
67 617.8
71 478.4
Australia
6 613.4
7 706
9 210.3
7 794.9
8 010.5
Jumlah
186 290.7
212 587.8
254 335.7
222 909.8
232 037.2



Graph Practice Exercises (Part 1)

Question 1
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan bilangan ahli profesional yang berdaftar di Malaysia mengikut kumpulan etnik sebagai satu komponen bagi tahun 2003.

      Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menambah bilangan profesional bagi menampung perkembangan kegiatan industri dan ekonomi. Antaranya termasuklah kerajaan telah menambah bilangan pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik di institusi pengajian tinggi.

      Pada tahun 2003, terdapat sejumlah 96 759 orang ahli profesional yang berdaftar di Malaysia. Daripada jumlah ini, sebanyak 36 408 orang terdiri daripada kaum Bumiputera, manakala kaum Cina mencatat bilangan yang paling banyak, iaitu 49.78% atau 48 170 orang. Bakinya ialah ahli profesional kaum India dan kaum-kaum lain, iaitu masing-masing mencatat 10 594 orang dan 1 587 orang.

      Ahli profesional yang paling banyak berdaftar di Malaysia ialah jurutera, iaitu sejumlah 44 286 orang. Kaum Cina mencatat bilangan jurutera yang paling banyak, iaitu 21 320 orang, diikuti dengan kaum Bumiputera yang jumlahnya kurang 1 366 orang daripada kaum Cina. Manakala jurutera daripada kaum India pula sebanyak 2 412 orang dan selebihnya terdiri daripada jurutera kaum-kaum lain.

      Jumlah akauntan pada tahun 2003 ialah 19 761 orang, iaitu kedua tinggi berbanding dengan bilangan doktor sejumlah 17 037 orang, peguam 12 337 orang, dan arkitek 3 338 orang. Kaum Cina mencatat bilangan yang paling banyak memilih profesion akauntan, iaitu 74.23% daripada jumlah akauntan yang berdaftar. Sebanyak 1 000 orang akauntan daripada kaum India, manakala kaum-kaum lain pula mencatat sebanyak 232 orang. Bakinya adalah daripada kaum Bumiputera.

      Kaum Bumiputera mencatat pertumbuhan paling tinggi dalam profesion perubatan dengan sejumlah 6 838 orang doktor yang berdaftar. Angka ini meliputi doktor gigi sejumlah 1 007 orang dan doktor veterinar 485 orang. Kaum India lebih tertumpu pada profesion ini dengan mencatat sejumlah 3 546 orang doktor, 480 orang doktor gigi dan 307 orang doktor veterinar. Namun begitu, bilangan doktor daripada kaum India masih lagi kecil berbanding dengan kaum Cina, iaitu berbeza sebanyak   1 094 orang.

      Bilangan kaum Bumiputera dalam profesion peguam mencatat 34.49% daripada jumlah peguam yang berdaftar pada tahun 2003. Angka ini berkurang sedikit berbanding dengan bilangan peguam daripada kaum Cina yang mencatat sejumlah 4 974 orang. Penglibatan kaum India dalam bidang ini ialah sebanyak 2 798 orang. Profesion ini merupakan antara profesion kegemaran kaum India. Kaum-kaum lain pula mencatat sejumlah 310 orang dalam bidang ini.

      Satu lagi profesion yang berdaftar ialah arkitek yang terdiri daripada 1 501 orang kaum Bumiputera, 51 orang India, 6 orang kaum-kaum lain, dan bakinya terdiri daripada kaum Cina.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahun Perangkaan Malaysia 2004)

Question 2

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi terpilih pada tahun-tahun yang dinyatakan.

       Perbelanjaan pembangunan disediakan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan serta kebolehan memperbaiki tahap sosial dan ekonomi di samping menyediakan persekitaran yang dapat menggalakkan daya saing dan kecemerlangan sektor swasta.

       Pada tahun 2001, sejumlah RM 4830 juta telah diperuntukkan bagi perkhidmatan perdagangan dan perindustrian. Pada tahun 2002 pula, peruntukan ini telah meningkat kepada RM 5546 juta, tetapi berkurang sebanyak RM 29 juta pada tahun 2003.

       Peningkatan perbelanjaan bagi sektor pertanian dan pembangunan luar bandar adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk menjanakan semula sektor tersebut sebagai jentera pertumbuhan ketiga. Jumlah yang diperuntukkan pada tahun 2001 adalah sebanyak Rm 1394 juta, tetapi peruntukan bagi tahun 2002 telah ditingkatkan sebanyak 118%. Seterusnya, jumlah ini telah berkurang sebanyak RM 153 juta pada tahun 2003.

       Bidang keselamatan merupakan bidang yang sentiasa diberi tumpuan utama oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, peruntukan yang besar sentiasa diberikan kepada bidang ini. Pada tahun 2001, sebanyak RM 3286 juta telah diperuntukkan kepada bidang keselamatan. Walau bagaimanapun, peruntukan ini telah dikurangkan sebanyak RM 206 juta pada tahun 2002 dan dikurangkan lagi sebanyak RM 17 juta pada tahun berikutnya.

   Secara keseluruhan, perbelanjaan untuk pendidikan kekal besar sungguhpun pada tahun 2002 perbelanjaan ini berkurang sebanyak 10.5% daripada jumlah perbelanjaan sebanyak RM 10 363 juta pada tahun 2001. Tahun 2003 pula menunjukkan peningkatan semula perbelanjaan untuk perkhidmatan pendidikan, iaitu sebanyak RM 520 juta.

       Perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan pada tahun 2003 ialah RM 1790 juta. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 36.0% berbanding dengan tahun 2002. Jumlah perbelanjaan pada tahun 2002 ini pula telah berkurang sebanyak RM 254 juta berbanding dengan jumlah perbelanjaan pada tahun 2001.

(Dipetik dan diubah suaikan daripada Kementrian Kewangan Malaysia,
Laporan Ekonomi 2002/2003, Kuala Lumpur, hal. 85-86)

Graf Bar Kompaun (Part 2)

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kenderaan bermotor yang berdaftar pada tahun 1998 hingga tahun 2001.

      Bilangan kenderaan berdaftar semakin bertambah setiap tahun. Hal ini mungkin akibat permintaan yang semakin tinggi kesan daripada pertambahan penduduk. Pada tahun 1998, terdapat sebanyak 9 141 357 unit kenderaan. Kenderaan yang paling tinggi adalah motosikal sebanyak 4 692 183 unit diikuti oleh motokar sebanyak 3 452 852 unit. Teksi dan kereta sewa sebanyak 64 632 unit, bas 45 643 unit, kenderaan barang 599 149 unit dan kenderaan lain sebanyak 286 898 unit.

      Setahun kemudian, jumlah kenderaan menjadi 9 929 951 unit dengan motosikal sebanyak 5 082 473 unit. Motokar bertambah sebanyak 334 195 unit pada tahun 1999. Teksi dan kereta sewa juga bertambah menjadi 65 646 unit. Sebanyak 47 674 unit bas pada tahun tersebut. Kenderaan barang melebihi 43 827 unit berbanding tahun 1998 dan kenderaan lain berjumlah 304 135 unit.

      Pada tahun 2000 dan 2001, masing-masing bilangan motosikal sebanyak 5 356 604 unit dan 5 609 351 unit. Teksi dan kereta sewa semakin merosot bilangannya pada tahun 2000 dan 2001. Pada tahun 2000 sebanyak 66 585 unit dan berkurangan kepada 66 565 unit pada tahun berikutnya. Motokar pada tahun 2000 sebanyak 4 145 892 dan tahun 2001 sebanyak 4 557 992 unit.

      Bas pada tahun 2000 sebanyak 48 662 unit meningkat sebanyak 1 109 unit pada tahun 2001. Bagi kenderaan barang pula pada tahun 2000, iaitu sebanyak 665 284 unit lebih rendah berbanding dengan tahun 2001 yang menunjukkan peningkatan kepada 689 668 unit. Kenderaan lain juga menunjukkan peningkatan pada tahun 2001 berbanding 2000 iaitu dengan bilangan pada tahun 2000 sebanyak 315 687 unit dan 2001 menjadi 329 198 unit.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia)

Jenis Kenderaan
Bilangan (unit)
1998
1999
2000
2001
Motosikal
4 692 183
5 082 473
5 356 604
5 609 351
Motokar
3 452 852
3 787 047
4 145 892
4 557 992
Teksi dan
kereta sewa
64 632
65 646
66 585
66 565
Bas
45 643
47 674
48 662
49 771
Kenderaan barang
599 149
642 976
665 284
689 668
Lain-lain
286 898
304 135
315 687
329 198
Jumlah
9 141 357
9 929 951
10 598 714
11 302 545


Recent Post

Warga Tua Patut Dihormati dan Dihargai

Popular Posts