Graf Garis Kompaun (Part 2)

STPM 2000

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yang dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur.

      "... Salah satu faedah yang diperoleh oleh sesebuah syarikat yang telah menjalani proses penswastaan ialah pertumbuhan dan pembesaran nilai modal pasarannya. Sungguhpun demikian, masih ada pasang-surutnya. Misalnya, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berkembang daripada modal saham bernilai RM 2 450 juta pada tahun 1991 telah meningkat sebanyak RM 1 260 juta untuk tahun berikutnya, dan mencapai paras RM 5 460 juta setahun kemudiannya tetapi merosot sebanyak RM 105 juta pada tahun berikutnya sebelum meningkat semula sebanyak RM 420 juta pada tahun laporan terakhir, iaitu tahun 1995.

      Dalam tempoh 1991-95 itu, badan korporat yang mengalami penurunan yang ketara modal pasarannya ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Nilai modal saham asal TNB yang mula dicatatkan pada tahun 1992 ialah sebanyak RM 29 850 juta. Nilai tersebut meningkat ke paras RM 58 195 juta pada tahun berikutnya tetapi dalam tahun ketiga telah merosot sebanyak RM 27 494 juta dan hanya kembali bertambah sekadar RM 49 juta pada tahun berikutnya.

      Syarikat Telekom Malaysia Berhad juga mengalami nasib yang serupa. Nilai modal saham pada tahun 1991 ialah sebanyak RM 19 212 juta dan meningkat dalam dua tahun berturut-turut sebanyak RM 9 489 juta dan RM 15 184 juta. Tetapi modalnya merosot pada tahun keempat sebanyak RM 9 469 juta dan kembali naik ke paras RM 39 440 juta pada tahun kelima perkiraan akaunnya.

      Kedudukan kewangan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) juga mengalami kemerosotan nilai saham modalnya sebanyak RM 322 juta pada tahun 1992 daripada sejumlah RM 5 366 juta pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, nilai berkenaan meningkat sebanyak RM 551 juta pada tahun ketiga dan seterusnya mencapai paras RM 6 705 juta pada tahun 1994 tetapi merosot sebanyak RM 125 juta pada tahun berikutnya.

      Edaran Otomobil Nasional (EON) mencapai nilai pasaran tertingginya pada tahun 1994, iaitu RM 4 302 juta berbanding dengan nilai asalnya sebanyak RM 1 223 juta pada tahun 1991. Nilai berkenaan hanya bertambah sebanyak RM 617 juta pada tahun berikutnya, sementara pada tahun ketiga operasinya telah meningkat sebanyak RM 1 893 juta tetapi merosot semula sebanyak RM 3 juta untuk tahun perkiraan yang terakhir.

      Selain itu, dua buah syarikat lain, iaitu Syarikat PERNAS Hotel dan Hartanah dan Syarikat Simen Malaysia mencapai nilai modal tertinggi pada tahun 1993, iaitu masing-masing di paras RM 1 019 juta dan RM 1 319 juta. Nilai asal modal Syarikay PERNAS Hotel dan Hartanah pada tahun 1991 ialah sebanyak RM 491 juta dan meningkat setahun kemudian sebanyak RM 103 juta. Nilai tersebut merosot dalam dua tahun berikutnya, iaitu masing-masing sebanyak RM 55 juta dan RM 229 juta.

      Nilai modal pasaran Syarikat Simen Malaysia pula ialah sebanyak RM 583 juta pada tahun 1991 tetapi merosot pada tahun berikutnya sebanyak RM 31 juta. Pada tahun 1994, nilainya merosot sebanyak RM 270 juta daripada paras nilai tertingginya dan hanya meningkat sebanyak RM 53 juta untuk tahun terakhir perkiraan nilai syarikat berkenaan ..."

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)


Syarikat-syarikat
1991
(RM juta)
1992
(RM juta)
1993
(RM juta)
1994
(RM juta)
1995
(RM juta)
MAS
2 450
3 710
5 460
5 355
5 775
TNB
-
29 850
58 195
30 701
30 750
Telekom
19 212
28 701
43 885
34 416
39 440
MISC
5 366
5 044
5 595
6 705
6 580
EON
1 223
1 840
3 733
4 302
4 299
PERNAS
491
594
1 019
964
790
Simen
583
552
1 319
1 049
1 102

Graf Garis Kompaun (Part 1)

Contoh Soalan
Berdasarkan petikan yang diberi, lukiskan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan pengeluaran komoditi-komoditi utama dari tahun 1995 hingga 2010.

Komoditi
1995
(RM juta)
2000
(RM juta)
2005
(RM juta)
2010
(RM juta)
Getah
14 726
16 938
21 354
23 682
Kelapa sawit
12 155
15 761
22 561
29 312
Bijih timah
10 476
8 931
6 218
4 357
Koko
11 721
10 643
13 792
15 161
Lada hitam
10 311
13 782
11 061
14 157
Lain-lain
13 961
19 871
14 218
18 211


Graf Garis Komponen

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan komponen eksport mengikut negara pada tahun 1998 hingga 2002.

      Malaysia telah berdagang dengan pelbagai negara meliputi negara-negara ASEAN, Asia Barat, Amerika Utara, Amerika Tengah dan lain-lain. Pada tahun 1998, eksport Malaysia berjumlah RM 186 290.7 juta, tahun 1999 sebanyak RM 212 587.8 juta dan meningkat sebanyak RM 41 748.0 juta pada tahun 2000 berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2001 dan 2002, masing-masing berjumlah RM 222 909.8 juta dan RM 232 037.2 juta.

      Eksport negara ke negara-negara ASEAN pada tahun 1998 sebanyak RM 69 851.8 juta meningkat kepada RM 76 473.3 juta pada tahun 1999 dan RM 99 027.8 juta pada tahun 2000. Pada tahun 2001 berkurangan sebanyak RM 14 979.3 juta dan kembali meningkat ke paras RM 92 114.7 juta pada tahun 2002.

      Asia Barat dan Jepun pada tahun 1998 sebanyak RM 5 805.9 juta dan RM 30 144.8 juta. Pada tahun 1999, Asia Barat menunjukkan penurunan sebanyak RM 68.9 juta dan mencatat RM 6 559.8 juta pada tahun 2000. Pada tahun 2001 dan 2002, masing-masing berjumlah RM 6 888.3 juta dan RM 7 514.4 juta. Negara Jepun pada tahun 1999 sebanyak RM 37 766.8 juta bertambah kepada RM 48 770.0 juta pada tahun 2000. Pada tahun 2001 sebanyak RM 44 393.4 juta merosot sebanyak RM 4 703.5 juta pada tahun 2002.

      Negara Taiwan, Amerika Syarikat dan Australia pada tahun 1998 masing-masing sebanyak RM 11 776.7 juta, RM 62 098.1 juta dan RM 6 613.4 juta. Pada tahun 1999, eksport ke Taiwan bernilai RM 14 529.5 juta kurang sebanyak RM 55 845.7 berbanding dengan Amerika Syarikat. Pada tahun 2000, eksport ke Taiwan sebanyak RM 14 188.8 juta merosot kepada RM 12 166.9 juta pada tahun 2001 dan meningkat sebanyak RM 1 035.4 juta pada tahun 2002.

       Eksport ke Amerika Syarikat pada tahun 2000 lebih tinggi berbanding dengan tahun 2001 iaitu RM 76 579.1 juta dan RM 67 617.8 juta. Pada tahun 2002 pula sebanyak RM 71 478.4 juta. Eksport Malaysia ke Australia mencatatkan peningkatan pada tahun 1998 hingga 2000 iaitu RM 6 613.4 juta tahun 1998, RM 7 706 juta tahun 1999 dan RM 9 210.3 juta pada tahun 2001. Eksport ke negara tersebut pada tahun 2001 merosot ke paras RM 7 794.9 juta dan bertambah kepada RM 8 010.5 juta pada tahun 2002. 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Tahunan 2003)


Negara
1998
(RM juta)
1999
(RM juta)
2000
(RM juta)
2001
(RM juta)
2002
(RM juta)
ASEAN
69 851.8
76 473.3
99 027.8
84 048.5
92 114.7
Asia Barat
5 805.9
5 737
6 559.8
6 888.3
7 541.4
Jepun
30 144.8
37 766.8
48 770.0
44 393.4
39 689.9
Taiwan
11 776.7
14 529.5
14 188.8
12 166.9
13 202.3
Amerika Syarikat
62 098.1
70 375.2
76 579.1
67 617.8
71 478.4
Australia
6 613.4
7 706
9 210.3
7 794.9
8 010.5
Jumlah
186 290.7
212 587.8
254 335.7
222 909.8
232 037.2



Recent Post

Warga Tua Patut Dihormati dan Dihargai

Popular Posts